Monday, February 20, 2012

persediaan #02

Assalamualaikum semuanya.


hye hye hye! ketemu kita lagi. Btw, mesti akan ada yang cakap. eh, kau ni sehari sampai dua entri sekali kau up ek. heee. Entah rasa cam rajin lak nak menaip malam ni.


Ok. kali ni aku nak bercerita pasal persiapan aku nak menempuh hari bersejarah bulan 5 ni.
Maaf pada sesiapa yang rase jelak or meluat. Aku tak paksa korang untuk baca hasil luahan rasa aku ni. Kalau tak suke sila tekan button X kat sebelah atas skrin anda tu ok.
lets started ok!
aku akan cerita dengan menggunakan point form je la. sebab aku malas nak bercerita panjang-panjang.


  • Sepanjang 2 bulan aku dok survey tempat kursus kahwin, akhirnya aku memilih Zura Academy, Bangsar sebagai lokasi pilihan untuk berkursus. Hujung minggu ni nak pegi. Ikot kata kawan-kawan yang penah pegi kursus kat situ, dorang cakap tempat tu ok la. Ustaz dia pon cam sempoi. Mintak-mintak camtu la hendaknye. Mungkin akan ada orang yang tanya, Tak awal sangat ke nak amik? Jawapannya, tidak sama sekali. Sebab Sijil Kursus Kahwin tiada expired date. So, sementara ada masa terluang ni baik amik dulu, iyedak? Berkemungkinan, time kiteorg nak pegi kursus ni kata kekaseh tiruan kawan die pon nak join sekali. Ok la tu kan. lagi ramai lagi best. HArapnya kursus itu bakal berjalan dengan lancar lah ye. Amin.
  • Selain itu, kami jugak ade jugak surver-survey kain untuk baju nikah nanti. Hari tu survey kat JAKEL,SHAH ALAM. Ya ampun, sangat rambang mata ok! pastu harga pon meletop tahu. That time ade promotion, kira cam sales la. Time pegi tu pon sebab mak aku yang dok sibok sgt suro p usha-usha kain kat sane. Harga memang meletop la kan tapi kualiti kain, memang bertepatan dengan harganya. Pastu, masa aku pegi Melaka ritu, aku ade la masuk butik MAYASILK kot. Aku tengok kain yang sama macam aku tengok kat JAKEL ritu, tapi harganya jauh lebih murah. Aku tak beli pon even murah, sebab masa tu just survey-survey je dulu. Tapi, alhamdulillah. Syukur. Rezeki aku agaknya sebab makngah aku ade kasi kain songket. So aku da dok decide yang aku nak buat kain songket tu sebagai kain baju nikah aku. So, sekarang ni aku just nak cari kain lace ngan thai silk utk dijadikan baju aku kot dan kain thai silk tu jugak aku nak carik untuk baju nikah kekaseh tiruan aku tu. Selalunye orang akan pakai satin kan? Tapi aku nak buat pakai Thai silk. Sebab takde la panas sangat kan. PAstu, ada satu lagi rezeki. kali ni rezeki kekaseh tiruan pulak. Kawan kekaseh tiruan nak kasi samping bunga-bunga yang menjadi idaman kekaseh tiruan. Sebab kalau nak beli sendiri memang tak mampu. Harganya jejak ribuan ringgit kot. Tetapi memang itu lah dikatakan rezeki kan. Kawan kekaseh tiruan nak kasi free sahaja sebagai bayaran kekaseh tiruan amik gambo nikah dia. Syukur. Syukur. Rezeki Allah. Jadi bab kain baju nikah dah tak menjadi masalah lagi. Tinggal nak beli je nanti. Kalernye adalah maroon.
  • Yang tadi tu perihal kain baju nikah. Kali ni nak bercakap perihal baju lagi. tapi baju untuk tunang. Aku mebi nak beli je kot baju untuk majlis tunang ni kot. Sekarang ni merata aku mencari kaftan or abaya yg berwarna Persian Green tu. Teramat lah susah woo. Kalau on9 shop mmg banyak tapi maaf yer, aku agak kurang yakin kalau beli on9. So, lagi selesa kalau dibeli secara direct je. Jadi untuk dijadikan ceritanya, sampai sekarang still haunting mencari baju itu. Harapnye aku jumpe la baju tu nanti ek. Dateline untuk cari baju tu ialah sebelom bulan 4. Bukan ape.kalau bole semuanya aku nak settlekan before masuk bulan 4. Sebab nanti da masuk bulan 4 takde la kelam kabut ape sume kan. Almaklumla aku ni kadang memang suke buat keje last minit. So, untuk elakkan aku buat last minit, aku da siapkan checklist and dateline untuk segala bende. weeeee
  • Next, pasal barang hantaran pulak. Aku dengan kekaseh tiruan da bincang. Insyaallah keluarga pihak kekaseh tiruan akan kasi 5 dulang dan akan dibalas oleh pihak aku sebanyak 7 dulang. OK kan?  standard camtu la kan. Aku dah berniat nak kasi 1) tepak sirih 2) kain baju nikah 3) alquran &terjemahan 4) songkok 5) Cake 6) Choc and sweets 7) buah-buahan. Kira cam biasa la kan. Ada barang untuk kegunaan masa nikah nanti. Haritu, ada pegi Nilai 3 p usha barang-barang cam contoh gabus, bakul, bunga tu sume untuk dijadikan tempat untuk letak hantaran. Kiteorg p sana pon untuk usha harga barangan tersebut. Oh lupa nak kasi tau, segala gubahan hantaran ni semua akan dibuat sendiri oleh aku dan makcik aku. Sebab makcik aku tu da volunteer nak tolong buat kan gubahan hantaran tu nanti. Syukur, Alhamdulillah. Rezeki datang bergolek. Jadi sekarang ni tinggal nak beli barang-barang je la. Aritu, Iera bini boy ade cakap cube try tengok kat satu kilang tu kat area Cheras, kat situ lagi murah compare dari Nilai 3 tuh. Setakat ni tak berkesempatan lagi aku dengan kekaseh tiruan nak pegi. Insyaallah, lepas kursus kawen nnt bole la singgah-singgah kilang tuh. Excited lak tetibe nak pegi tengok.hihi. Moga-moga harganya memang jauh lebih murah la kan. save sikit bajet.heee. oh, bab warna nye pulak. Aku emang da berdegil sangat-sangat nak warna persian green tu campur dengan rashberry pink. Ye, aku taw akan ramai cakap mcm hindu. Tapi, cube korang tengok balik. Cantik OK!. ahhh. yg tu masih dalam perbincangan lagi. Harapnye kaler tu akan menjadi pilihan ramai.hehehe.
  • Biasanya kalau tunang ni mesti orang akan bercakap pasal mekup kan. So, mekup aku akan dimekup oleh makcik aku sendiri. Sebabnye aku sendiri yg mintak beliau utk mekupkan aku. weeeee.
  • Photographer? errr. tu aku tak tahu lagi. kalau ada rezeki kekaseh tiruan cakap basyar kawan die yang akan amikkan. Takpon kalau nadd nak amikkan pon ok.heeeee. Kalau takde pakai je la kamera hp. Settle.hihi.
Rasanya tu dulu kot aku nak update. Nanti lepas kursus kahwin aku update lagi ek. heee. Time tu mesti la aku nak bercerita pasal kursus kawen iye dak? hahaha. Jap, rasanya memang berjela ek aku punye entri kali ni. Da macam jawapan LAW pulak. hihi
Maaf jika apa yang korang baca ni bikin korang rasa meluat atau sebagainya. Ini ruangan aku.Jadi, ini jela tempat untuk aku meluahkan panjang berjela. Moga-moga perancangan murni aku ni diberkati Allah. Amin.

Wassalam.

p/s: Dugaan datang menyinggah banyak.
Tapi rezeki datang melimpah tu banyak jugak.
Syukur, Alhamdullilah.
Tuhan masih sayangkan aku :)

No comments: