Sunday, February 19, 2012

persediaan #01

assalamualaikum semua.


hye hye hey!
Agak lama aku tak bercerita potpetpotpet kat dlam bolg ni kan.
selalunye update ayat pendek-pendek je.heee. Kemalasan melanda diri. So Sorry ya para peminat. Ceh! Bajet macam ade orang bace blog kau kan cik Baby.
Ok ok. 
Biaq p la ade orang bace ke tak, yang penting aku tak menyusahkan orang lain or menyakitkan hati orang lain iye dak?


Sekarang ni aku hanya nak kongsi cerita sepanjang ketiadaan aku tak mengupdate blog ni. Sebenarnye, lately ni tiap-tiap minggu aku bz dengan survey-survey barang untuk hari bersejarah pada bulan 5 ni. Insyaallah.
Buat pengetahuan semua, aku dah tak keje dengan mane-mane hotel mahupun opis-opis ye. Aku sekarang berkerje atau erti kata lainnye aku dok menolong mak aku kat kedai makan beliau sahaja. So, itu bermakna dari ahad hingga jumaat aku akan berada dikedai mak aku. Hari Sabtu sahaja hari untuk berpoya-poya.hihi. Tapi sekarang ni takdenye aku berpoya-poya sangat. Sebab sekarang ni tiap-tiap hari sabtu aku akan spend time ngan kekaseh tiruan. Bukan dating-dating saja tengok wayang tu ok. Sekarang xtvt tengok wayang tu semuanya da dikurangkan sikit-sikit. Sekarang sume bende-bende tu kene puasa sikit. Termasuklah sesi membeli belah and sewaktu dengannye. Tapi, bab makan takde ye.hehehe.


Berbalik dari cerite tadi, aku dengan kekaseh tiruan sekarang tiap-tiap minggu da start pegi buat survey-survey barang untuk hari bersejarah bulan 5 ni. Mungkin ada teman-teman akan kata, ala kuar ngan bf bole tapi ngan kawan tak bole. Jangan salah paham yer, aku keluar ngan bf bersebab dan ada tujuan. Aku mintak maaf sangat-sangat pada sesiapa yanga ajak lepak ke ape lately ni. Memang tak bole nak janji or keluar ngan korang. Harap korang paham la yer situasi aku.


Dah 2bulan gak aku ngan kekaseh tiruan ni sibok bersurvey barang seperti kain untuk baju nikah, barang-barang untuk hantaran, tempat kursus kawen dan lain-lain. Segala jenis pattern dan design aku tengok. Berpinar gak mata aku tengok kain-kain dan barangan untuk hantaran.hihi. Rambang mata woii!


Oh sebelum tu, rasanya mesti ramai akan cakap, ek eley poyonye kau! tak pon ek eley kau tu yeye je nak tunang kan. atau yang lebih pedas lagi, Kau tu patut kawen dahulu dengan agama kau, sebelum kau nak step up to next level hidup kau iaitu perkahwinan. OK Ok. aku tau semua bende tu mesti akan terlintas even sedikit kan kat fikiran korang. Takpe. Biarlah segala yang korang pikir itu sentiasa ada dlm fikiran korang. Sebab aku tahu, semua ini adalah dugaan untuk aku. Aku menaip bende ni bukan niat nak pointing kat sape-sape yer. Ampun dan maaf jika sesiapa terase.


Keputusan aku dan kekaseh tiruan aku nak bertunang ini adalah hasil persetujuan ahli keluarga kedua-dua belah pihak. Mungkin ramai akan cakap, takde sesi merisik ke meminang ke? Jawapan aku ialah TIDAK. Kami semua bersepakat untuk buat dua adat tu secara serentak masa majlis pertunangan tu je. mudah kan. Lagipun merisik dan meminang tu kan adat jerr. So, takmaw la membazir-bazir kat pihak kekaseh tiruan aku nak beli cincin banyak-banyak.


Berkemungkinan majlis pada bualn 5 ini akan berlangsung dalam keadaan yang sederhana. Berkemungkinan hanya dihadiri oleh pihak keluarga sahaja. Kawan-kawan hanya yang dekat-dekat je. Insyaallah. Bukan taknak jemput ramai orang, tapi keadaan keluasan rumah aku ni tak bisa menampung ramai orang. Aku mintak maaf yerr. Tapi, Insyaallah masa majlis perkahwinan aku nanti aku akan jemput semuanya ya! Insyaallah, jika dengan izinnya.


Buat masa ni, segala persiapan masih ZERO! ye ZERO. Tapi insyallah, bulan 3 ni aku dan kekaseh tiruan akan start da beli-beli barang keperluan untuk majlis tu nanti. Insyaallah, semoga semuanya dipermudahkan. Oh ya, hujung minggu ni 25 dan 26 feb ni aku dan kekaseh tiruan akan start pegi kursus kahwin di Zura Academy. Takot sebenarnye. heee. Moga-moga semuanya dalam keadaan baik sahaja.


tu je nak cerita untuk entri ni. Maaf la kalau entri ni bebaur poyo disana sini. Tujuan entri ini bukan untuk berbangga atau sebaliknya tapi ianya hanya untuk berkongsi sesuatu ape yang aku rasa sekarang. Jumpa di lain entri ya.


Wassalam.


p/s: stress rupenye  prepare  diri untuk ke peringkat seterusnya.

No comments: