Tuesday, May 24, 2011

kebetulan



stage of relationship?
1- meeting
2- the chase
3- honeymoon
4- comfortable
5- tolerance
6- downhill
7- breaking up

Assalamualaikum yaww~
Macam dah agak lama kan tak merepek-repek, berfantasi realiti, menceceh tak tentu hala. Btw, buat pengetahuan semua aku dah start dah praktikal kat hotel The Royal Chulan,KL. So far, alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Ok-ok, post ini aku taknak cerita pasal practical life aku.Aku nak menceceh pasal benda lain.

Nampak kan video kat atas tu. Aku rasa video tu adalah realiti yang dilakonkan semula dalam sesebuah perhubungan yang terjalin antara sang jejaka dan sang gadis. Aceh, ayat aku nak puitis kan.Maaf ye kalau bahasa Melayu aku agak tunggang-langgang terbalik segala.Ok,aku taknak cerite panjang-panjang pasal video tu.Kalau nak tahu kesah dalam video tu sila tengok ye para peminat.

Yang aku nak ceritakan ni adalah jugak kaitannya tentang perhubungan antara sang jejaka dan sang gadis. Sekarang ni, aku tak point out kat sape-sape ok. Aku hanya mahu berkongsi apa yang aku pikirkan dan pendapat sahaja.That's all. Actually, pasti ada yang pelik kenapa tiba-tiba jek aku nak berbual or bukak topik pasal benda alah ni. Aku dapat ilham untuk post entri pasal benda ini masa aku tengah kerja tadi.Tah, tibe-tibe jek dapat ilham.

Ermm.Orang yang takde partner disisi pasti akan cemburu melihat orang lain berjalan beriringan bersama partner mereka. Ye, aku akui aku pernah rasa perasaan sebegitu. Memang sakit bila mana aku ni tengah-tengah single (dulu-dulu ye) pastu tengok orang sekeling jalan, tengok wayang bersama partner mereka.sakitkan mata, hati semuanya. Time tu keinginan nak ada partner pasti ada.Nak kata terdesak sangat tu tidak la.Cuma yang ada keinginan mempunyai teman. Cuba tanya diri sendiri jikalau korang yang masih single tu, betul tak apa yang aku katakan ni.

Ha, pastu mula la operasi mencari jodoh.Ehh salah, operasi mencari partner untuk dijadikan teman. Let say la, dah ketemu dah orang nye. Awal-awal perkenalan memang indah.Lepastu, declare as couple.Weewit! lagilah bahagia iye dak?Hahaha. Sebulan, dua bulan, tiga bulan memang dirasakan dunia ini aku yang punya betol tak?BerSMS, bercalling-calling and so on. Nak-nak kalau long distance couple pulak.Hahaha. Bercerita macam ikut pengalaman sendiri pulak aku ni. Tapi itu lah realitinya. Bila dah jauh, memang susah sikit lah kan. Hati dan perasaan kene kuat dan setia. ehh, betul ke ayat aku ni? Errmm. So far, aku sebenarnye tak suke long distance relationship ni. tp akibat dah 6 bulan aku ber-long distance relationship ni makanya aku rasa bende tu sama je if korang dekat ke jauh ke. ikut pakkalnye hati orang tua cakap.

Kadang-kadang bila dekat ni lagi banyak bende yang nak ditengkarkan dan dibetekakkan. Tu sume boleh akibatkan gadoh la ape lagi kan. Tapi kalau korang jenis partner yang give and take bende tu sume bisa diselesaikan dengan segera. Ye lah, kalau korang dah berpasangan bersama pasti korang akan paham antara satu sama lain kan. Tapi, tak taw lak kalau dah lama-lama pon still nak berprasangka buruk dan sering menimbulkan pertelingkahan. Tu, no komen. Tepuk dada, tanya hati.

Penat wey kalau asyik nak gadoh je. Tapi tak syok gak kalau asyik baik jek. Orang kata buat benda tu biar balance. Jadi, dalam hubungan pon harus la balance kan.ahaha.Pandai jek aku buat metafologi sendiri. Pada aku, itu sume bergantung pada diri masing-masing kan. Untuk orang seperti aku yang sarkastik mulut dan bahasanya harus berhati-hati ketika bertutur dan berkomunikasi bersama kekaseh tiruan aku tu untuk elakkan gadoh yang berpanjangan.Al-maklumlah, apabila kekaseh tiruan sendiri dah panggil aku gangster tu tanda nya ape? Tandanya, sila brubah untuk menjadi yang lebih ayu. Cehhh.hahaha.Takde la. Kekaseh tiruan ok jek. Dia pasti berasa bertuah sebab mempunyai kekaseh yang gangster.HAHAHA.ok dah.Stop perasan.Berbalik ke cerita tadi.

Peringatan kepada diri sendiri dan sesiapa sahaja yang dah ade partner masing-masing dan yang bakal berpartner atau erti kata lain ada skandal mahupun kekaseh tak dianggap, hargailah mereka disisi korang ya. Kalau boleh diselamatkan hubungan itu cubalah selamatkan.Memang lah sakit hati bila tengah gadoh kan, tapi cube lah mengelak utk berkata PUTUS. Sebab ianya teramat sakit dan memakan masa yang lama untuk dilupakan. Ye, kenangan cinta lalu teramat payah untuk dilupakan.

Pada yang takde sesiapa disisi, jangan putus asa ya. Tuhan itu jadikan hambanya berpasangan.Mungkin bukan harini partner tu hadir dalam hidup korang mungkin esok atau lusa mane kita tahu kan tapi yang penting usaha. Sebab jodoh itu memang ditentukan tuhan tapi kalau tak usaha mencarinya pasti takkan ditemuinya kan. Ayat dan kata-kata berkenaan pernah diluahkan oleh seseorang yang penah bermakna untuk aku satu ketika dahulu.


Maaf jika post ini agak bercelaru dan pening.Aku pon agak blur gak bila bace balik apa yang aku repekkan kat atas tu. Itu semua hanya apa yang terlintas kat kepala otak aku sekarang. Sebab otak aku kata, mahu citer bende ni.maka tangan aku pon menaip entri ini.

Maaf sekali lagi atas kerojakkan bahasa aku.
Maaf jugak kalau entri ini ada menyentuh sensitiviti sesiapa.

itu sahaja buat masa ini.
Wasalam.

p/s: yang atas lebih mengetahui apa yang akan jadi akan datang.
blogger-emoticon.blogspot.com








1 comment:

dila_jan said...

aii ryna syg..follow lee blog ak..hehe..bru lg dlm blog2 nie..hihi..untungla dah ad org yg sayang kn.jge elok2...aq skrg kne ushaha cri yg lebih baik..insya`ALLAH..hehe..life nust go on and be strong..(^ - ^)