Friday, April 2, 2010

biarlah ia pergi seketika.

agak sunyi blog aku sekarang.
ye aku taw aku agak malas nak update blog.
agak bingong lately.
banyak persoalan yg bermain difikiran.
ye aku taw aku da mulai merapu.
tp kerana ruangan ini la aku dapat release at least sikit keresahan dan kebuntuan aku.
skarang aku sering tertanya-tanya tentang ini,
nape life kite selalu jek messy?
mebi jawapan nya.
life messy coz kita tak reti nak manage kan situasi.
tp bagaimana pula kalau orang yang kita sayang messy kan hidup kite?
persoalan begini sering menjadi tanda tanya kat diri aku.
urm.. aku try nak ceritakan ape yg sebenarnye telah jadik kat life seharian aku sekarang.
sebulan yg lalu, aku try mencuba menjalinkan cinta kembali.
ye! cik baby menjalinkan cinta yg pernah hilang kembali.
tp. cintanya kali ini bersama lelaki yg lebih muda daripadanya.
tak salah kan. ye, tu pada kau dan pada aku.
pada awalannya, aku juz nak ignoring jek perasaan tuh. aku tahan pasaan tuh datang.
tapi kalau korang klw da hari2 si lelaki itu datang terhegeh-hegeh menagih kasih sanggup kah korang abaikan?biarkan? aku manusia yg punya hati perasaan ouh.
jadi, aku try terima cinta dia. konon nye!
tp aku da banyak kali mention yg aku tak rase relationship ni work it coz jarak umor akan menjadi isu dikemudian hari. tapi die selalu tenangkan aku yg die cakap takde ape laa. ok jek kot kite ni. takpe layankan.
tp tibe-tibe, seperti pepatah berkata ''ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan ditengah hari", yeay aku berpepatah laa pulak kan. sambong balik!
tibe-tibe jek die text aku cakap "saya mintak maaf, rasanya kita terpakse break off n saya hope kite ley jadik kawan baik coz FAMILY saya tak ley terima girl lagi tua dari saya" ehh WTF aa kan. aku da penah bilang kan bende ni akan jadik. agak bengang aku disitu! reason aku sgt begang 1st sebab break off pakai MESSAGE! ehh. aku cukop benci org nak break off pakai message. wah2 nak kapel dulu pandai lak ckp direct2 tepi telinga. tapi nak break pakai msg jek. hebat ek. takot ke pe? whateva laa.
jadi dari cerita tadi aku dapat 1 pengajaran.
JANGAN NAK BERCINTA DENGAN BUDAK BAWAH UMOR YA WAHAI GADIS-GADIS.
buang mase! tak bawak kemane pon.
aissh.
sarkastik sungguh aku ya.
maaf.
emosi seketika.
tp sekarang aku da back to normal ya kawan-kawan.
aku da menjadi cik baby yang sengal seperti sediakala.
aku da mulai gembira seperti biasa.
aku da bole ketawa riang.
aku da tak nangis-nangis lagi pada malam hari.
aku berharap semua perubahan yang berlaku kat aku ini akan kekal untuk hari-hari yang mendatang.

aku da nak final exam da.
takot ouhhhhhhhh!
nak kene study hard and hard.
no more pain.
no more crying!

buat bekas-bekas kekaseh terima kaseh sebab selalu buat aku menangis.
buat kawan-kawan yg jauh dimata terima kaseh buat aku kerinduan.
buat kawan-kawan yang baru mula berkawan dgn aku terima kasih sebab sudi berkawan dgn aku yg tak punya apa ini.
buat kawan-kawan di pusat pengajian terima kaseh buat hari-hari aku riang ketawa dan menyakitkan hati. ahaha. emosi lagi!

p/s: kadang-kadang menyakitkan hati sendiri lebih indah daripada disakiti oleh orang lain.
ini fakta atau khayalan?

No comments: