Thursday, February 11, 2010

tiada apa yang perlu dikongsikan.

agak lama tak post entri gembira.
asyik-asyik entri sedih-sedih berlaka.
aissh.
bilakah mahu gembira?
bilakah aku mahu tunjukkan pada dunia yang aku sedang bergembira?
(sambil berfikir sejenak)

dan hari ini, aku sekali lagi nak post entri sedih lagi.
mesti kalian sudah mulai bosan kan bace entri-entri sedih aku ni semua.
ye..aku paham kalian tentu sudah jelak lalu melabelkan aku sebagai minah touching or so ever.
ahhh.
aku tak peduli semua itu.
yang penting aku dapat luahkan perasaan aku ketika ini didalam blog aku ni.
ehh.lantak aku laa.
ni blog aku.
so suke hati aku laa aku nak post ape saja.

untuk sekian kali nya.
aku nak berceritakan tentang life campus aku skrg ni.
aku rasa cam nak quit jek blaja.
aku tataw asal tah aku ley pikir smpai camtu sekali.
byk bende yg aku delay kan.
byk bende yg aku runsingkan.
aku sudah semakin malas utk ke kuliah.
semangat aku semakin hari semakin hilang utk ke kuliah.
ermm.
dugaan demi dugaan datang.
aku dah tak sanggup nak dibelenggu oleh dugaan tersebut.
ya tuhan, kuatkanlah semangat hamba-MU ini.

"SAYA SAYANG AWAK"
aku semakin takut utk mendengarkan kata-kata itu.
dahulu ramai org berkata demikian kepada aku.
tapi akhirnya mereka tinggalkan juga diri ini.
dan sekali lagi.
manusia terakhir yang pernah mengucapkan perkataan tersebut kepada aku akhirnya tinggalkan aku tanpa kata-kata terakhir.
adilkah aku diperlakukan sedemikian?
luarannya mungkin aku redha.
tp hakikatnya aku memang seakan tidak redha ngan ketentuan itu.
bak kata kawan-kawan aku "nasib baik korang tak declare pape klw tak?"
ye mmg kiteorg tak pernah declare pape.
tp die selalu beri aku kekuatan utk aku move on.
buat kedua kalinya die buat aku cam ni.
huh. fed up!

buat kekasih yang pernah dianggap.
terima kasih atas segalanya.
terima kasih kerana kau mampu buat aku berkhayal utk seketika.
aku berusaha utk melenyapkan segala perasaan aku terhadap kau sekarang.
semoga kau berbahagia dengan insan yg kau syang.
ye aku taw kau menang!
dan aku kalah.

p/s: hasil karangan ringkas yg tidak perlu dihuraikan.

1 comment:

Anonymous said...

hey hey hey.
cik baby! esok cholyra ada comeback show di batu pahat.
datang lah!