Monday, October 15, 2012

siapa?

siapa gadis jahat memakai tudung tu?
siapa?


















aku lah tu.
ye aku.

kenapa aku?
sebab aku penyebab orang yang aku sayang tak sabar dengan aku.













and now.
i officially.
pencari cinta agung.

Thursday, September 6, 2012

Happy momento

Selamat pengantin baru buat yahh & ketat serta ucapan tahniah dan selamat pengantin baru buat leop & naz.





Thursday, May 17, 2012

Bulan bahagia.

Assalamualaikum semorang !

Just nak update yang aku dah selamat bertunang dan selamat berkonvo.

Tu lah dia sebenarnya 2event yang aku ternanti-nanti selama ini.

Tu je nak update.sbb kemalasan nak menaip panjang lebor.

Sebelom abes entri ni aku nak share gambo-gambo hari bahagia aku.

Wassalam

Monday, April 2, 2012

Hai april :)

Assalamualaikum.

Hai hai hai. April dah datang.
Btw, mood nak update panjang lebar masih tiada. Jadi aku update apa yang aku rasa nak update je la ea.

Btw, aku tak sabar tunggu bulan MEi.
Sebab Insyaallah ada 2event penting dan event yang menggembirakan hati aku.

Tak sabar sebenarnya. Tapi apapun aku harap segala yang dirancang akan berlangsung dengan sempurna. Insyaallah.

Sekarang ni aku sedang sibuk dengan menyiapkan persiapan.

Semoga bulan April ini baik-baik saja untuk aku.

Wassalam.

P/s: pening kepala sebenarnye ni oi!

Sunday, March 11, 2012

Friday, February 24, 2012

Mana nak jumpa ni?

Assalamualaikum.

Ada siapa-siapa pernah terjumpa design baju yang aku suka berserta kaler yang aku suka ni?

Tolonggggggg!
Aku sangat memerlukan sekarang ni.
Kalau boleh below rm 300 la ek.
Heee.

Da tak lama lagi je ni.
Makin lama makin cuak lak aku.

Wassalam.

Monday, February 20, 2012

persediaan #02

Assalamualaikum semuanya.


hye hye hye! ketemu kita lagi. Btw, mesti akan ada yang cakap. eh, kau ni sehari sampai dua entri sekali kau up ek. heee. Entah rasa cam rajin lak nak menaip malam ni.


Ok. kali ni aku nak bercerita pasal persiapan aku nak menempuh hari bersejarah bulan 5 ni.
Maaf pada sesiapa yang rase jelak or meluat. Aku tak paksa korang untuk baca hasil luahan rasa aku ni. Kalau tak suke sila tekan button X kat sebelah atas skrin anda tu ok.
lets started ok!
aku akan cerita dengan menggunakan point form je la. sebab aku malas nak bercerita panjang-panjang.


  • Sepanjang 2 bulan aku dok survey tempat kursus kahwin, akhirnya aku memilih Zura Academy, Bangsar sebagai lokasi pilihan untuk berkursus. Hujung minggu ni nak pegi. Ikot kata kawan-kawan yang penah pegi kursus kat situ, dorang cakap tempat tu ok la. Ustaz dia pon cam sempoi. Mintak-mintak camtu la hendaknye. Mungkin akan ada orang yang tanya, Tak awal sangat ke nak amik? Jawapannya, tidak sama sekali. Sebab Sijil Kursus Kahwin tiada expired date. So, sementara ada masa terluang ni baik amik dulu, iyedak? Berkemungkinan, time kiteorg nak pegi kursus ni kata kekaseh tiruan kawan die pon nak join sekali. Ok la tu kan. lagi ramai lagi best. HArapnya kursus itu bakal berjalan dengan lancar lah ye. Amin.
  • Selain itu, kami jugak ade jugak surver-survey kain untuk baju nikah nanti. Hari tu survey kat JAKEL,SHAH ALAM. Ya ampun, sangat rambang mata ok! pastu harga pon meletop tahu. That time ade promotion, kira cam sales la. Time pegi tu pon sebab mak aku yang dok sibok sgt suro p usha-usha kain kat sane. Harga memang meletop la kan tapi kualiti kain, memang bertepatan dengan harganya. Pastu, masa aku pegi Melaka ritu, aku ade la masuk butik MAYASILK kot. Aku tengok kain yang sama macam aku tengok kat JAKEL ritu, tapi harganya jauh lebih murah. Aku tak beli pon even murah, sebab masa tu just survey-survey je dulu. Tapi, alhamdulillah. Syukur. Rezeki aku agaknya sebab makngah aku ade kasi kain songket. So aku da dok decide yang aku nak buat kain songket tu sebagai kain baju nikah aku. So, sekarang ni aku just nak cari kain lace ngan thai silk utk dijadikan baju aku kot dan kain thai silk tu jugak aku nak carik untuk baju nikah kekaseh tiruan aku tu. Selalunye orang akan pakai satin kan? Tapi aku nak buat pakai Thai silk. Sebab takde la panas sangat kan. PAstu, ada satu lagi rezeki. kali ni rezeki kekaseh tiruan pulak. Kawan kekaseh tiruan nak kasi samping bunga-bunga yang menjadi idaman kekaseh tiruan. Sebab kalau nak beli sendiri memang tak mampu. Harganya jejak ribuan ringgit kot. Tetapi memang itu lah dikatakan rezeki kan. Kawan kekaseh tiruan nak kasi free sahaja sebagai bayaran kekaseh tiruan amik gambo nikah dia. Syukur. Syukur. Rezeki Allah. Jadi bab kain baju nikah dah tak menjadi masalah lagi. Tinggal nak beli je nanti. Kalernye adalah maroon.
  • Yang tadi tu perihal kain baju nikah. Kali ni nak bercakap perihal baju lagi. tapi baju untuk tunang. Aku mebi nak beli je kot baju untuk majlis tunang ni kot. Sekarang ni merata aku mencari kaftan or abaya yg berwarna Persian Green tu. Teramat lah susah woo. Kalau on9 shop mmg banyak tapi maaf yer, aku agak kurang yakin kalau beli on9. So, lagi selesa kalau dibeli secara direct je. Jadi untuk dijadikan ceritanya, sampai sekarang still haunting mencari baju itu. Harapnye aku jumpe la baju tu nanti ek. Dateline untuk cari baju tu ialah sebelom bulan 4. Bukan ape.kalau bole semuanya aku nak settlekan before masuk bulan 4. Sebab nanti da masuk bulan 4 takde la kelam kabut ape sume kan. Almaklumla aku ni kadang memang suke buat keje last minit. So, untuk elakkan aku buat last minit, aku da siapkan checklist and dateline untuk segala bende. weeeee
  • Next, pasal barang hantaran pulak. Aku dengan kekaseh tiruan da bincang. Insyaallah keluarga pihak kekaseh tiruan akan kasi 5 dulang dan akan dibalas oleh pihak aku sebanyak 7 dulang. OK kan?  standard camtu la kan. Aku dah berniat nak kasi 1) tepak sirih 2) kain baju nikah 3) alquran &terjemahan 4) songkok 5) Cake 6) Choc and sweets 7) buah-buahan. Kira cam biasa la kan. Ada barang untuk kegunaan masa nikah nanti. Haritu, ada pegi Nilai 3 p usha barang-barang cam contoh gabus, bakul, bunga tu sume untuk dijadikan tempat untuk letak hantaran. Kiteorg p sana pon untuk usha harga barangan tersebut. Oh lupa nak kasi tau, segala gubahan hantaran ni semua akan dibuat sendiri oleh aku dan makcik aku. Sebab makcik aku tu da volunteer nak tolong buat kan gubahan hantaran tu nanti. Syukur, Alhamdulillah. Rezeki datang bergolek. Jadi sekarang ni tinggal nak beli barang-barang je la. Aritu, Iera bini boy ade cakap cube try tengok kat satu kilang tu kat area Cheras, kat situ lagi murah compare dari Nilai 3 tuh. Setakat ni tak berkesempatan lagi aku dengan kekaseh tiruan nak pegi. Insyaallah, lepas kursus kawen nnt bole la singgah-singgah kilang tuh. Excited lak tetibe nak pegi tengok.hihi. Moga-moga harganya memang jauh lebih murah la kan. save sikit bajet.heee. oh, bab warna nye pulak. Aku emang da berdegil sangat-sangat nak warna persian green tu campur dengan rashberry pink. Ye, aku taw akan ramai cakap mcm hindu. Tapi, cube korang tengok balik. Cantik OK!. ahhh. yg tu masih dalam perbincangan lagi. Harapnye kaler tu akan menjadi pilihan ramai.hehehe.
  • Biasanya kalau tunang ni mesti orang akan bercakap pasal mekup kan. So, mekup aku akan dimekup oleh makcik aku sendiri. Sebabnye aku sendiri yg mintak beliau utk mekupkan aku. weeeee.
  • Photographer? errr. tu aku tak tahu lagi. kalau ada rezeki kekaseh tiruan cakap basyar kawan die yang akan amikkan. Takpon kalau nadd nak amikkan pon ok.heeeee. Kalau takde pakai je la kamera hp. Settle.hihi.
Rasanya tu dulu kot aku nak update. Nanti lepas kursus kahwin aku update lagi ek. heee. Time tu mesti la aku nak bercerita pasal kursus kawen iye dak? hahaha. Jap, rasanya memang berjela ek aku punye entri kali ni. Da macam jawapan LAW pulak. hihi
Maaf jika apa yang korang baca ni bikin korang rasa meluat atau sebagainya. Ini ruangan aku.Jadi, ini jela tempat untuk aku meluahkan panjang berjela. Moga-moga perancangan murni aku ni diberkati Allah. Amin.

Wassalam.

p/s: Dugaan datang menyinggah banyak.
Tapi rezeki datang melimpah tu banyak jugak.
Syukur, Alhamdullilah.
Tuhan masih sayangkan aku :)

Sunday, February 19, 2012

Tanpa Kawan Saya Akan (Zahiril Adzim)



Adakah kawan-kawan dikeliling aku seperti yang Zahiril Adzim katakan ni? Wallahualam.

persediaan #01

assalamualaikum semua.


hye hye hey!
Agak lama aku tak bercerita potpetpotpet kat dlam bolg ni kan.
selalunye update ayat pendek-pendek je.heee. Kemalasan melanda diri. So Sorry ya para peminat. Ceh! Bajet macam ade orang bace blog kau kan cik Baby.
Ok ok. 
Biaq p la ade orang bace ke tak, yang penting aku tak menyusahkan orang lain or menyakitkan hati orang lain iye dak?


Sekarang ni aku hanya nak kongsi cerita sepanjang ketiadaan aku tak mengupdate blog ni. Sebenarnye, lately ni tiap-tiap minggu aku bz dengan survey-survey barang untuk hari bersejarah pada bulan 5 ni. Insyaallah.
Buat pengetahuan semua, aku dah tak keje dengan mane-mane hotel mahupun opis-opis ye. Aku sekarang berkerje atau erti kata lainnye aku dok menolong mak aku kat kedai makan beliau sahaja. So, itu bermakna dari ahad hingga jumaat aku akan berada dikedai mak aku. Hari Sabtu sahaja hari untuk berpoya-poya.hihi. Tapi sekarang ni takdenye aku berpoya-poya sangat. Sebab sekarang ni tiap-tiap hari sabtu aku akan spend time ngan kekaseh tiruan. Bukan dating-dating saja tengok wayang tu ok. Sekarang xtvt tengok wayang tu semuanya da dikurangkan sikit-sikit. Sekarang sume bende-bende tu kene puasa sikit. Termasuklah sesi membeli belah and sewaktu dengannye. Tapi, bab makan takde ye.hehehe.


Berbalik dari cerite tadi, aku dengan kekaseh tiruan sekarang tiap-tiap minggu da start pegi buat survey-survey barang untuk hari bersejarah bulan 5 ni. Mungkin ada teman-teman akan kata, ala kuar ngan bf bole tapi ngan kawan tak bole. Jangan salah paham yer, aku keluar ngan bf bersebab dan ada tujuan. Aku mintak maaf sangat-sangat pada sesiapa yanga ajak lepak ke ape lately ni. Memang tak bole nak janji or keluar ngan korang. Harap korang paham la yer situasi aku.


Dah 2bulan gak aku ngan kekaseh tiruan ni sibok bersurvey barang seperti kain untuk baju nikah, barang-barang untuk hantaran, tempat kursus kawen dan lain-lain. Segala jenis pattern dan design aku tengok. Berpinar gak mata aku tengok kain-kain dan barangan untuk hantaran.hihi. Rambang mata woii!


Oh sebelum tu, rasanya mesti ramai akan cakap, ek eley poyonye kau! tak pon ek eley kau tu yeye je nak tunang kan. atau yang lebih pedas lagi, Kau tu patut kawen dahulu dengan agama kau, sebelum kau nak step up to next level hidup kau iaitu perkahwinan. OK Ok. aku tau semua bende tu mesti akan terlintas even sedikit kan kat fikiran korang. Takpe. Biarlah segala yang korang pikir itu sentiasa ada dlm fikiran korang. Sebab aku tahu, semua ini adalah dugaan untuk aku. Aku menaip bende ni bukan niat nak pointing kat sape-sape yer. Ampun dan maaf jika sesiapa terase.


Keputusan aku dan kekaseh tiruan aku nak bertunang ini adalah hasil persetujuan ahli keluarga kedua-dua belah pihak. Mungkin ramai akan cakap, takde sesi merisik ke meminang ke? Jawapan aku ialah TIDAK. Kami semua bersepakat untuk buat dua adat tu secara serentak masa majlis pertunangan tu je. mudah kan. Lagipun merisik dan meminang tu kan adat jerr. So, takmaw la membazir-bazir kat pihak kekaseh tiruan aku nak beli cincin banyak-banyak.


Berkemungkinan majlis pada bualn 5 ini akan berlangsung dalam keadaan yang sederhana. Berkemungkinan hanya dihadiri oleh pihak keluarga sahaja. Kawan-kawan hanya yang dekat-dekat je. Insyaallah. Bukan taknak jemput ramai orang, tapi keadaan keluasan rumah aku ni tak bisa menampung ramai orang. Aku mintak maaf yerr. Tapi, Insyaallah masa majlis perkahwinan aku nanti aku akan jemput semuanya ya! Insyaallah, jika dengan izinnya.


Buat masa ni, segala persiapan masih ZERO! ye ZERO. Tapi insyallah, bulan 3 ni aku dan kekaseh tiruan akan start da beli-beli barang keperluan untuk majlis tu nanti. Insyaallah, semoga semuanya dipermudahkan. Oh ya, hujung minggu ni 25 dan 26 feb ni aku dan kekaseh tiruan akan start pegi kursus kahwin di Zura Academy. Takot sebenarnye. heee. Moga-moga semuanya dalam keadaan baik sahaja.


tu je nak cerita untuk entri ni. Maaf la kalau entri ni bebaur poyo disana sini. Tujuan entri ini bukan untuk berbangga atau sebaliknya tapi ianya hanya untuk berkongsi sesuatu ape yang aku rasa sekarang. Jumpa di lain entri ya.


Wassalam.


p/s: stress rupenye  prepare  diri untuk ke peringkat seterusnya.

Tuesday, February 14, 2012

Terasa

Assalamulaikum.

Entri kali ni pendek je tapi aku cuba untuk luahkan apa yang terbuku.

Sebenarnya, aku agak terasa dengan certain-certain orang sejak kebelakangan ni. Maaf! Tapi itu yang aku rasa.

Aku memang tak tunjuk yang aku terasa tapi harap-harap orang tu sendiri mahu ingat la ek.

Malas dan tak perlu kot aku nak mention siape orang tu. So, sekarang ni memang aku da malas nak berbual or apa je la ngan orang tu.

Sapa terasa tu harap maaf yer.
Ini apa yang aku rase.

Wasaalam.

Ps: nampak kita cam kawan. Tapi, aku da rasa kau macam bukan kawan aku. Okbai

Monday, February 13, 2012

rancangan

assalamualaikum.

ermm. hai! sori la ye da lame tak mengupdate perkembangan diri sendiri kan. lately ni, takde aa bz sangat tapi tah la. cam takde mende nak cerite. Plus, sekarang ni da kene start buat checklist untuk ke peringkat seterusnya bersama kekaseh tiruan. Insyaallah. semoga semuanya di permudahkan.

tu je nak update sekarang ni.
tak de idea.

wassalam

p/s: mana nak carik kaftan murah-murah ek?

Thursday, January 12, 2012

sweet moment 2011






Assalamualaikum yaww!
hye hye hye. Just nak share. ini video aku time jumpe Estranged  bulan 1 tahun lepas. tak expect pon yang muke aku akan keluar dlm the making video ni.heeee


just enjoy it ya!


btw, sori klw tak panjang lebar aku bercerita ini kerana aku sedang sibok nak usha-usha bende baik punye.


:)


wassalam


Tuesday, January 10, 2012

"A Thousand Miles"!!! Pre Wedding Video - by Leonard Hon



assalamualaikum yaww!
hey hey. jangan pelik ya aku post video kat atas tu.heee. sebenarnye video tu aku da post kat tumblr. tapi aku tetap nak post kat sini jugak.


Actually, video kat atas tu video pre-weeding mat saleh girl ngan chinese guy ni. Sexy yaww! ahh.abaikan. Yang menjadi aku suke sangat kat video ni ialah lagu dan lokasi nye. Lagu untuk video ni die gune lagu A Thousand Miles by Vanessa Carlton. Itu adalah lagu feveret aku sepanjang zaman. HAHAHA. ok forget it.
Yang paling paling aku suke is lokasinye. Sebab lokasi video ini dishoot adalah di PENANG!


Aku rindu Penang oi! ini serius talk ok. boleh dikatakan part-part video ini kebanyakkannye dishoot di tempat-tempat yang aku penah pegi. Aku pegi ngan kawan-kawan, pegi ngan kekaseh tiruan and ade tu tempat yang aku pegi sorang-sorang. Ya Ampun, aku rindu PENANG!


Sebenarnye, aku dah abes belajar dah sekarang. So, berkemungkinan besar masa untuk ke Penang lagi tak tahu la bile lagi kan. Entah, kenape la aku suke sangat kat penang tu. Aku pon tataw. mungkin ada makanan-makanan best. atau mungkin tempat itu sendiri kan. entah la.


takpe la.ade rezeki aku bole je ke penang tu.heeeeee.
and sekarang, selain penang ada satu lagi tempat yg aku dah jatuh cinta sangat-sangat.
tempatnya ialah MELAKA.hahaha.


pasal Melaka nanti lah aku citer ok.


wassalam


p/s: citer pasai penang, rase nak  nasi kandaq pulak!

Sunday, January 8, 2012

2012 tahun yang baik. Insyaallah :)

Assalamualaikum yaww.
Hai! Rasanya dah lame sangat kan aku tak post kabo berita kat blog ini. Kesian die dah bersawang kan.


Apa-apa pun masih belum terlambat kan nak wish selamat tahun baru 2012 ya!


Banyak sebenarnye yang dirancang untuk tahun ini. Kiranya tu macam azam la kan. Hee. Seperti yang aku dah war-war kan fb satu azam baru aku ialah nak pegi Universal STudio Singapore.


Tapi sebenranye ada lagi azam aku yang lainnye. Kalaulah boleh semoga azam-azam tu akan tertunai. Insyaallah. Mesti korang tahu kan ape yg aku azamkan tu. Heee. Sebenarnye malu taw nak share tapi tak pe la. Blog ni pon bukan ade org bace pon kan. Hahaha.


Antara azam aku ialah :
- nak pegi Universal Studio Singapore. ( itu pon klw boleh la. Klw tak bole, delay azam ni ke azam 2013 pon ok je. Heee)
- nak bertunang! ( insyaallah, masih dalam perancangan lagi ni. Tp azam yg ni aku rasa akan tertunai 3 4 bulan dari sekarang. Insyaallah! )
- pegi kursus kahwin
- nak pakai braces
- nak ada kerjaya tetap!
- konvokesyen yang awesome


Buat masa ni tu je yang aku terfikir.
Pape penambahan dan penolakkan azam akan diupdate semasa ke semasa.


Tu je la. Heee.
Semoga kalian menjalani kehidupan yang awesome ya tahun ini. Amin.


Wassalam :)


p/s: takot lah tetibe

Monday, December 12, 2011

Testing

Assalamualaikum yaww~
Sebenarnye saje je nak test post something.


Ok la. Tu je.
Wassalam.

Friday, December 9, 2011

baby elephant

lelaki masa depan.
Insyaallah :)

p/s: dah kene start work hard!

dalam gambar ade cerite


Assalamualaikum yaww~

Entri ringkas ja. aku hanya letak randomly picture yang aku rase kan bole menceritekan mana hilangnya aku sepanjang tak update blog ini. Enjoy it :)



gambar ni masa kenduri kahwin wan siti nor kat JB ritu. 12/11/2011
masa kenduri kawen wan ni je la peluang aku dapat jumpe miss nora dan wan.
serius.aku mmg rindu dorg ni.

ni topex ngan rejab. dapat jumpe pon mase kenduri wan tu gak.Even jumpe kejap je tp tu da ok da. Memang tak puas.tapi nak wat caner. depa ade komitmen keje kan.
moga lain mase ketemu lagi.

aiendagreat ni da lame sgt tak jumpe ok! last2 jumpe kat kenduri kawen wan jugak.hihi. klakar lak kalau ingat. punye la dok sakan tanye2.last2 p kenduri kawen yg same :)

ni kat kitchen la'heritage. time ni nak amek sign utk form utk report.

sagatian! time ni baru lepas presentation utk report praktikal. oh ye. kurang satu sagat kat situ. btw, aku sangat rindu kat depa ni.

jaja sagat & yatie sagat. lepas presentation report

masa ni lawatan hari jadi ke melaka. ehh, actually mase ni dah sehari pon berlalu ari jadi aku.hihi. p melaka just dapat jumpe jaja sagat dan tina sagat sahaje! tp best gak mase ni. bergamba sakan, makan asam pedas, makan cendol. oihhh. rase nak p melake lagi lah :P

ni lah kazen-kazen sejak kecik hingga besar. Time ni time hari raya aidilfitri yg dah berzaman tu.hihi.

masa ni tengok harimau malaya vs pelakon singa yg kuat berlakon kat stadium bukit jalil.
secara tak sengaja terus lelaki masa depan aku ni dah suke tengok bola sampai lah sekarang.
terime kaseh saye, sebab ajar beliau.hihi :D

ok, sekarang sape pembaca blog yang tegar mesti kenal sape beliau ni kan. ni lah die CikEpal yg suke sangat ngan Shahiezy Sam tu.heee. mase ni terserempak kat Stadium bukit jalil masa Harimau Malaya vs Pelakon Singa yg kuat berlakon tu la. time ni baru pas dpt msuk dari pagar stadium. Terus ja,panggil beliau and amek gambo.hihi

yang ini pulak. Happy Family masa practikal dulu. Time ni kat IRD. in room dining. Time ni adalah saat yg paling best, sbb sume giler2. gambar ni diambil masa celebrate besday aku.kire seprise la ni.
sekarang aku merindui mereka.

masa ni pegi gigs Eyes Set to Kill. ni dapat la bergambar ngan Alexia ngan Anissa :)

yang ni pulak teman-teman praktikal. depa ni dari Indonesia lor. sekarang ni da pulang da indonesia. So sekarang kami berhubung gune FB je.
Moga 1 masa nnt kite bertemu lagi ya!

ok, lastly. ni gambar masa nak gerak p JB haritu.dalam bas bersama lelaki masa depan.


p/s: maaf gambar berterabur.
sebenarnye banyak lagi gambar.
nanti2 lah aku update ya!

Saturday, December 3, 2011

lelaki masa depan

Hafiz- Untuk Kamu




Raut wajah...Mendamaikan...
Dan sesuci..Selembut hatimu..
Sinar mata...Mempersona...
Bagai gugur seluruh jantungku...

Aku Ingin engkau tahu...
Cinta aku satu...
Tercipta buat dirimu..
Hanya... Untuk kamu...

Huuu....Huuu...Huuu....
Huuu....Huuu...Huuu...

Aku ingin engkau tahu..
Cinta aku satu.....
Tercipta buat dirimu...
Hanya untuk kamu....

**dari dalam wayang lagi masa nonton citer ombak rindu ni memang aku da jatuh cinta dengan lagu ini. Khas untuk lelaki masa depan.

p/s: jiwang tak salah kan :)

Monday, October 31, 2011

1st entri setelah 2 bulan lebih tak update sebarang berita

keluarga baru yang bakal ditinggalkan.
:(

cerita selanjutnya akan diupdate kemudian.
segala cerita yg terperam segala 2bulan akan di ceritakan dalam masa yang akan datang.

p/s: belajar pon dah abes.

Thursday, July 14, 2011

I rindu u oredi lah ESTK!



Glass hailed from the sky that night
I couldn't hide to save my life
Standing drenched in open wounds
You took my hand and pulled me through

I want to give you everything I'll give you my all
Because you gave me, you gave me your lips a gentle kiss
The medicine to cure my pain

Listen to all of this glass shatter
It pierced my ears and made them bleed
Now it sounds so beautiful, cause your beautiful your beautiful

I want to give you everything I'll give you my all
Because you gave me, you gave me your lips a gentle kiss
The medicine to cure my pain

p/s: gambar dan cerita tentang gigs ESTK ritu bakal menyusul kemudian.
weeehoooo.